SELAMAT DATANG

Thursday, June 2, 2011

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN HAMPIR TIBA ...

Salam Intergriti kepada semua.
Perhatian.... tarikh tutup Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 anjuran sekretariat Pencegahan Rasuah UKM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir tiba iaitu pada 7 Jun 2011 ini. 
oleh itu, segala hasil peyertaan hendaklah di hantar di alamat :

Urusetia ,
Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah UKM 2011
Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM 
Aras 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

atau hubungi :

Puan Noor Faliza Hanim Binti Roslan
03-89214739 / 017-2366521

Mahasiswa Pencetus, Rasuah Terhapus.

Saturday, April 2, 2011

Syarat Umum dan Borang Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011

Bagi memudahkan peserta untuk mendapatkan borang peyertaan Pertandingan Keatif Anti Rasuah UKM 2011, peserta bolehlah memuat turub di link di bawah:

Clik Here (Syarat dan Borang penyertaaan)

LANJUTAN TARIKH TUTUP PERTANDINGAN KREATIF


Sukacita dimaklumkan bahawa, tarikh tutup Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 telah dilanjutkan daripada tarikh asal pada 17 Mac 2011 kepada 7 Jun 2011. Pelanjutan tarikh tutup ini adalah bertujuan untuk memberi masa kepada peserta untuk mencari idea yang lebih keatif dan inovatif demi mendapatkan hasil karya yang terbaik. 

Thursday, February 24, 2011

Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011


Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 merupakan program pertama Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM (SePRa UKM) dalam tahun 2011, yang berbentuk pertandingan, menumpukan TIGA (3) kategori iaitu SENI FOTOGRAFI, REKABENTUK POSTER & PENULISAN ESEI. Ketiga-tiga kategori ini mesti bertemakan "anti rasuah" dan "integriti". Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM (SePRa UKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertandingan bermula dari 17 Februari hingga 17 Mac 2011 dan terbuka kepada semua warga universiti, termasuk mahasiswa dan kakitangan UKM. Hadiah-hadiah menarik menanti anda, terutama tempat pertama, kedua dan 5 saguhati bagi setiap kategori. Bentuk hadiah adalah seperti gajet elektronik, wang tunai, hamper dan sijil. Penyertaan adalah PERCUMA, namun seorang peserta hanya boleh menghantar TIGA (3) penyertaan sahaja bagi setiap kategori, kecuali hanya SATU (1) penyertaan sahaja bagi penulisan esei.


Semua hasil karya FOTO, POSTER & ESEI akan dikumpulkan dan dipamerkan dalam Sesi Pameran pada 21 hingga 25 Mac 2011 di Foyer Canselori UKM. Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM pada jam 9.00 pagi 25 Mac 2011 (Jumaat) di Bilik Bankuasi Canselori UKM.


Borang penyertaan dan salinan syarat-syarat pertandingan boleh didapati di Pusat Kebudayaan UKM (Puan Faliza Hanim Roslan) dan juga melalui Exco SePRa serta AJK Pelaksana. Borang penyertaan dan hasil karya boleh dihantar kepada pejabat Pusat Kebudayaan di DECTAR dan juga AJK Pelaksana (nama seperti dalam perenggan di bawah).


Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan pertandingan ini, sila hubungi Penasihat Program (Mohd Fairul 017-2827767), Ketua Pengarah Program (Kamarudin 019-6413959) dan AJK Pendaftaran (Siti Nur Ainu 014-5159332). Anda juga boleh menghubungi kami melalui email ke sepra.ukm@gmail.com. Bagi sebarang pertanyaan berkenaan kategori pertandingan, sila hubungi saudari Liyana (019-9719087) bagi pertandingan Fotografi, saudari Nurzulaaim (019-2487255) bagi pertandingan Poster dan saudari Suzana (017-9232794) bagi pertandingan Esei. 


Apa tunggu lagi?! Jangan lengahkan masa. Serlahkan bakat anda dalam bidang FOTOGRAFI, REKABENTUK POSTER & PENULISAN ESEI melalui konsep tema pencegahan rasuah dan integriti. Ingat, tarikh tutupnya pada 17 Mac 2011.

SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN KREATIF ANTI RASUAH UKM 2011

1.      Fotografi Anti Rasuah:
·         Terbuka kepada semua warga UKM termasuk mahasiswa dan kakitangan UKM, kecuali urusetia pelaksana dan ahli keluarganya.
·         Penyertaan adalah percuma.
·         Setiap peserta terhad kepada tiga (3) penyertaan sahaja, namun hanya satu sahaja karya layak dipilih sebagai pemenang jika terdapat lebih dari satu penyertaan dari peserta yang sama.
·         Karya mesti mengikut tema “Bila Hadiah Jadi Rasuah?”, dan subjeknya bebas, sama ada manusia, alam semulajadi, bangunan, barang dan sebagainya.
·         Karya boleh diterima dalam bentuk fotografi digital ataupun filem, bersama dengan borang penyertaan.
·         Karya digital hendaklah diserahkan dalam dua (2) bentuk, iaitu cetakan foto (hardcopy) dalam bentuk 8R (8”x12”) dan juga dalam bentuk CD (softcopy) yang mengandungi semua karya (jika lebih dari satu) dalam bentuk folder yang saiznya tidak kurang daripada 6 megapixel. Bezakan file foto dalam dokumen softcopy dengan menamakan FAR01, FAR02 dan FAR03 (jika lebih dari satu) diikuti dengan nama peserta. Karya filem pula hendaklah diserahkan negatif filem. Namun, kesemua foto perlu diberi nama yang sesuai dengan kandungan foto mengikut kreativiti masing-masing.
·         Sebarang karya tidak boleh diubahsuai sehingga menghilangkan keasliannya. Pengubahan dari segi Brightness dan Tone masih dibenarkan.
·         Karya yang telah dihantar untuk dipertandingkan akan menjadi hak milik urusetia dan ianya tidak boleh diterbitkan dalam bentuk komersial.
·         Keputusan juri adalah muktamad.

2.      Poster Anti Rasuah:
·         Terbuka kepada semua warga UKM termasuk mahasiswa dan kakitangan UKM, kecuali urusetia pelaksana dan ahli keluarganya.
·         Penyertaan adalah percuma.
·         Setiap peserta terhad kepada tiga (3) penyertaan sahaja, namun hanya satu sahaja karya layak dipilih sebagai pemenang jika terdapat lebih dari satu penyertaan dari peserta yang sama.
·         Tema karya adalah mengenai anti rasuah dan integriti. Poster hanya boleh dilengkapi oleh sepatah slogan berkenaan integriti dan rasuah dan disertakan dengan gambaran watermark (tak kira foto atau lukisan abstrak).
·         Karya mesti menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator yang menggunakan format saiz A3, mod warna RGB dan resolusi 150 dpi.
·         Keaslian karya diutamakan, dilarang meniru dan menciplak karya lain.
·         Karya hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk, iaitu cetakan poster menggunakan kertas A3, (hardcopy) serta file asal perisian (.psd atau .ai) dan file dalam bentuk imej (.jpeg) yang dimuatkan dalam sebuah CD (softcopy), bersama borang penyertaan. Bezakan file poster dalam dokumen softcopy dengan menamakan PAR01, PAR02 dan PAR03 (jika lebih dari satu) diikuti dengan nama peserta.
·         Karya yang telah dihantar untuk dipertandingkan akan menjadi hak milik urusetia dan ianya tidak boleh diterbitkan dalam bentuk komersial.
·         Keputusan juri adalah muktamad.

3.      Esei Integriti:
·         Terbuka kepada semua warga UKM termasuk mahasiswa dan kakitangan UKM, kecuali urusetia pelaksana dan ahli keluarganya.
·         Penyertaan adalah percuma dan peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
·         Peserta perlu menulis esei yang bertajuk “Kepentingan Integriti Sebagai Cabaran Dalam Membina Sebuah Negara Bangsa”.
·         Format penulisan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12, spacing 1.5 baris dan panjang esei adalah tidak melebihi 2,000 patah perkataan.
·         Keaslian karya diutamakan, dilarang meniru dan menciplak karya sedia ada.
·         Karya hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk, iaitu cetakan esei menggunakan kertas A4 (hardcopy) dan file asal dalam bentuk dokumen (.doc) yang dimuatkan dalam sebuah CD (softcopy), bersama borang penyertaan. Namakan file esei dalam dokumen softcopy dengan nama EI dan diikuti dengan nama peserta.
·         Karya yang telah dihantar untuk dipertandingkan akan menjadi hak milik urusetia dan ianya tidak boleh diterbitkan dalam bentuk komersial.
·         Keputusan juri adalah muktamad.

Thursday, February 3, 2011

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM.

Laman blog ini kembali dihidupkan semula setelah mengalami masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun, ianya telah kembali dan nantikan pelbagai info, berita dan maklumat terkini berkenaan program anjuran SePRa UKM dan isu-isu yang dikupas berkenaan rasuah dan amalan integriti.

Teruskan menyokong kami.